D.I.Y Cuci Kereta - Fasa 3 Mengilat dan Manjaan (spa)

i Mengilatkan cat a. Terdapat beberapa alternatif untuk mengilatkan cat kereta iaitu menggunakan wax , polymer sealant , carnauba ( Copernicia prunifera ). Walaupun dikatakan bahawa carnauba mampu menghasilkan lebih kilatan namun penggunaan wax lebih sesuai di negara iklim tropika kerana keadaan cuaca yang agak panas. b. Sapu wax menggunakan span khas secara membulat dan biarkan sehingga wax benar-benar kering di bawah redupan kemudian sapu menggunakan kain lembut yang kering dan bersih. c. Ulang sapuan kali kedua (kalau tak letih). ii Mengilatkan cermin a. Cermin kereta tidak sesuai dikilatkan menggunakan wax atau apa bentuk polish sekalipun. Cermin perlu bebas daripada bahan bahan seperti wax . Gunakan bedak talkum dan gosokkan rata-rata pada cermin hadapan ( windshield ) menggunakan tisu kertas. iii Mengilatkan papan pemuka ( dashboard ) dan dalaman. Papan pemuka adalah bahagian utama pada ruang dalaman kereta anda. Ia menjadi tatapan penumpang termasuk anda ...