1. Periksa tahap dan kondisi Automatic Transmission Fluid ( ATF ) dengan kerap. Pastikan ia berada pada tahap yang sepatutnya. Kekurangan ATF dalam sistem akan menyebabkan kotak gear anda rosak dengan cepat. Jika didapati keadaan ATF tersebut sudah kotor dan kehitaman, anda disarankan untuk menukarnya walaupun belum sampai tempoh masa yang sebenar. Rujuk buku manual pemandu yang dibekalkan untuk cara-cara memeriksa ATF dengan betul dan pemilihan ATF yang sesuai untuk kereta anda 2. Periksa juga sistem penyejukan enjin dengan kerap. Ini kerana ATF ada laluannya tersendiri pada radiator untuk mengekalkan suhu bekerjanya. Dikhuatiri jika ada kebocoran pada laluan ini dan menyebabkan air dan coolant daripada sistem penyejukan menyelinap masuk ke kotak gear. 3. Periksa pada tempat letak kereta anda di rumah, pastikan tiada ATF yang meleleh ke permukaan tempat letak kereta tersebut. Jika ada, hantar segera kereta anda ke pusat servis bertauliah untuk mengesan kebocoran terseb...
Comments
Post a Comment