TIPS PENJIMATAN MINYAK KERETA

Harga bahan bakar kenderaan yang tidak menentu sejak 10 tahun lalu mempengaruhi pengguna kenderaan bermotor terutama kereta berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar pada tahap paling minimum. Langkah ini sangat perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan minyak petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan minyak kereta anda bukan semata-mata kerana harganya yang melambung tinggi ketika ini tetapi penggunaan minyak yang lebih daripada yang sepatutnya menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan. Tutup suis A/C dan gunakan “ blower ” tanpa pendingin udara. Cara ini amat sesuai pada waktu pagi dan malam. Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van dengan jarak yang selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat di kurangkan. Minimumkan berat muatan kenderaan anda supaya kenderaan lebih ringan dan kurang memerlukan bahan...